"Alangkah mulianya ILMU itu, Alangkah gembiranya jiwa seorang yang menguasainya, Alangkah segarnya dada orang yang penuh dengannya, Alangkah leganya perasaan orang yang mendampinginya."
Kisah benar. Paparan ini dari 1 bahagian pelacuran disalah sebuah negara di barat. ia menunjukkan saat kematian seorang penzina wanita.
Allah menunjukkan azab-Nya didunia lagi sblum sampai azab-Nya diakhirat sana sbgai pengajaran bagi kita yg masih hidup.
Jelas dipaparan video pendek ini menunjukan bagaimana teriakan kesakitan ajal ketika roh penzina ini keluar dan diwajahnya kelihatan separuh kehitaman..
Firman Allah taala: "kalau kamu melihat ketika para malaikat mencabut nyawa jiwa orang-orang kafir seraya memukul muka dan belakang mereka (dan berkata): "rasakanlah oleh mu siksa neraka yang membakar""demikian itu disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri. sesungguhnya Allah sekali-kali tidak menganiaya hamba-Nya." - surah al-anfal 50.51
Ya Allah kami belindung kepada-Mu dari sekelian perbuatan dosa dan kurniakanlah kami perbuatan baik yang membolehkan kami kepada redha-Mu dan syurga-Mu. Ameen.
Penting ke bahasa amiyah(bahasa pasar) mesir ni untuk kita pelajari? Atau untuk kita mendalami?
Mari kita lihat satu kisah ni.
Di luar kelas sebelum bermulanya subjek yang pertama , terlihat seorang pelajar ajnabi(bukan arab) sedang berbual sesuatu dengan guru matapelajaran. Kemudian mereka masuk mengambil tempat masing2. Guru memulakan syarahannya dengan lancar sekali. Sehinggalah tiba dipertengahan syarahannya guru terbehenti seketika kerana ada seorang pelajar meminta izin untuk keluar dari kelasnya. Kelihatan pelajar itu adalah pelajar yang berbual dengannya sebelum kelas bermula tadi. Lalu guru itu mengizinkannya. Ketika pelajar itu sampai dipintu kelas untuk keluar. Guru menyapanya. Maka bermula perbualan yang agak sedikit lucu bagi pelajar arab yang ada disitu.
Guru : enta ultani abla keda aiz tuhkrug? (engkau ke yang cakap kat aku tadi nak minta keluar)
Pelajar: meshi-meshi (tahu tahu)
Guru : darsu nahwu bita-ak , hatibda’ sa’ah kam? (kelas nahu ko tu , mula pukul berapa?)
Pelajar: wasal fi maudu’ tamyiz. (dah sampai kat tajuk tamyiz)
Kemudian pelajar tu terus keluar dan meninggalkan kelas yang keadaan kelas itu dalam sedikit ketawa.
Em pasti geli hatikan .. lain yang ditanya lain yang dijawab.
Begitulah juga keadaan kita kalau masih memandang remeh dengan bahasa amiyah ni
Inilah bahasa amiyah. Bahasa harian yang digunakan oleh orang mesir dalam perbualan mereka.Bagi pandangan saya . harus bagi kita mempelajari serta mengetahui selok belok bahasanya kerna manusia diciptakan saling memerlukan satu sama lain. Untuk saling berinteraksi kita harus menggunakan bahasa yang digunakan disekeliling kita bagi memudahkan pergaulan. Dengan perbualan serta pergaulan ini ia akan menghasilkan kefahaman serta kepercayaan diantara satu sama lain malah hubungan itu terus saling sayang menyayangi. Lantas membuahkan satu persahabatan yang amat akrab diantara satu sama lain.
Di sini telah jelas keistimewaan bahasa yang dibawa oleh setiap kaum atau Negara itu.
Memang benar akan sebuah kata2 ini. “ Barang siapa mempelajari bahasa sesuatu kaum maka amanlah dia dari kejahatan kaum itu”
Janganlah kita menganggap bahawa bahasa amiyah ini hanya digunakan di sini sahaja dan tidak perlukan ditempat2 lain. Dan janganlah juga menganggap bahawa bahasa amiyah ini merosakkan bahasa fushah(bahasa arab).
Bagi saya anggapan ini semua tidak benar, kerana kalau kita katakan bahasa ini hanya tertumpu kepada tempat disini sahaja iaitu dimesir, sedangkan rakyatnya bertaburan dikebanyakan Negara yang membangun. Sehinggakan dinegara kita juga ada rakyatnya datang berkunjung. Adakah mereka tidak berbangga dengan kita jikalau kita dapat berbual dengan mereka dengan menggunakan bahasa yang mereka cintai?!
Bagi yang mengatakan bahasa pasar ini merosakkan bahasa arab fushah, anggapan itu sebenarnya kurang jelas. Kerana apa saya katakan begitu? Kerana kalau ditanya pada pengkaji bahasa arab, mereka akan mengatakan bahawa Bahasa arab fushah yang sampai kepada kita hari ini hanya sedikit sahaja. Kerna kebanyakan bahasa arab ini hidup bersama kaumnya. Jika kaum itu lenyap, maka lenyaplah juga bahasa arabnya. Dan bahasa amiyah yang dimiliki oleh arab mesir ini diantara bahasa arab lama yang telah bercampur dengan bahasa2 lain serta lahjatnya. Sebagai contoh :
إمبارح (hari semalam) – ni dalam bahasa amiyah.
البارحni dalam bahasa arab fushah. Kerana telah bercampur dengan lahjat ia berubah dari lam ل kepada mimم .
Bahasa amiyah juga tidak lari dari kaedah serta dhomir yang digunakan dalam bahasa arab fushah. Kerana jika salah kaedah atau dhomirnya maka salah juga kefahamannya.
Cubalah belajar sedikit demii sedikit dengan cara bertanya , mendengar serta melihat. Untuk kita lebih terjaga dan terjamin keselematan bersama mereka di bumi mesir ini.
Inilah bahasa amiyah mesir yang ada disekeliling kita sekarang. Ia takkan berubah bahasanya. Ia akan kekal slagi mana hidupnya rakyat mesir di atas bumi mesir ini.
Ketika seorang yang soleh bertemu dengan penguasa yang bertaburan emas, perak, kenderaan, binatang ternak dan tanaman, orang soleh itu berkata: "dengarkanlah sepatah kata dari ku"
Penguasa itu berkata: " apa dia?"
Orang soleh itu lantas mendendangkan bait-bait syair yang berbunyi.
Demi Allah seandainya ada seorang yang hidup,
selama seribu tahun dengan pelbagai kesenangan,
bersenang-senang dengan pelbagai kenikmatan,
bersenang-senang di dalam istana yang mewah,
tak satupun kesusahan yang menodai sepanjang hidupnya,