Tuesday 22 December 2009

Apakah itu bahagia?


Pendapat-pendapat orang budiman tentang bahagia

  • Indah tingkah lakunyai, kuat ingatan, bijaksana akal, tenang dan sabar dalam menuju maksud – Yahya bin Khalid AL Barmaki (Wazir daulah Bani Abbas)

  • Bukanlah kebahagiaan itu pada mengumpulkan harta benda. Tetapi taqwa kepada Allah itulah bahagia. Taqwa akan Allah itulah bekal yang sebaik-baiknya disimpan. Pada sisi Allah sajalah kebahagiaan para orang yang bertaqwa. – Hutai’ah (Ahli Syair)

  • Jika petang dan pagi seorang manusia telah beroleh aman sentosa dari gangguan manusia, itulah dia orang yang bahagia. – Zaid bin Tsabit (Ahli Syair Rasulullah)

  • Bahagia itu ialah tunduk dan patuh mengikut garis-garis (natural laws – correct principles) yang ditentukan oleh Allah dan perikemanusiaan. – Ibnu Khaldun

  • Bahagia dan kelazatan yang sejati ialah bilamana dapat mengingat Allah. Ketahuilah bahagia tiap2 sesuatu ialah kita rasai nikmat kesenangan dan kelazatan, dan kelazatan itu ialah menurut tabiat kejadian masing2, maka kelazatan mata ialah melihat rupa yang indah, kenikmatan telinga mendengar suara yang merdu, demikian pula segala anggota yang lain di tubuh manusia. Adapun kelazatan hati ialah teguh makrifat kepada Allah, kerana hati itu dijadikan buat mengingat Tuhan – Imam Ghazali

Monday 14 December 2009

Imtihan dah dekat?!!


Jadual imtihan sudah keluar dengan awalnya. Rasanya ini kali pertama Al-azhar keluarkan jadual sebulan sebelum imtihan semenjak akhi berada di sini. Tapi tak menanya pula pada pelajar furu' yang lain sama ada sudah keluar jadual atau belum.
Ok kawan-kawan semua jadual dah kuar awal ni.tandanya doktor sayang kat kita supaya kita stanby awal untuk imtihan ni. Khusus pada kawan-kawan yang saing dengan akhi, krenih rokom julus dah boleh amik kat syu'un tullab. Dan munaqasyah kita harap dapat selesaikan dengan cepat. hihi ^_^

Bawah ini jadual imtihan tahun 3 Bahasa Arab syu'bah am

  1. 17-01-2010 = Tarikh adab 'abasi I,II.
  2. 20-01-2010 = Qo'ah bahas.
  3. 24-01-2010 = Nusus 'abasi I,II.
  4. 27-01-2010 = Tarikh adab andalus.
  5. 31-01-2010 = Lahjat wal qiroat.
orang mesir disini diorang suka ucapkan pada pelajar2 bila dah nak peksa
"شد حالك عشان تنجح" maksudnya "sungguh-sungguh supaya berjaya" jadi kawan2 semua, molek2 ye study tu dan betulkan niat dan tujuan dalam kehidupan seorang pelajar ni. wallahu'alam

Saturday 21 November 2009

Blog lama diberhentikan untuk penulisan.

Assalamualaikum

Kepada semua pengunjung. Sila layari blog lama akhi untuk penulisan yang sebelum ini. Semoga mendapat istifadah dari perkongsian ini.

Sila klik di sini akhi-naim untuk lihat penulisan yang lama.

waalahu taala 'alam

Thursday 19 November 2009

Jangan putus asa wahai saudaraku


Dengan nama-Mu Ya Allah yang mengajar dengan 'qalam'

Apa yang ada di langit dan di bumi, sekelian makhluk berhajat yang terbaik untuk dirinya, semua itu telah di tetapkan atau telah di rancang oleh ilahi.

Jika satu ketetapan telah turun kepadamu berupa masalah yang amat berat dirasai , ketahuilah itu hanya 1 dugaan yang cuba untuk mewarnai hidupmu bahkan kegembiraan sangat banyak di turunkan tapi hanya di pandang sekelip mata sahaja.

Dirimu hanya bergelumang dengan kesedihan disebabkan masalah yang turun dari ketetapan tuhan umpama dirimu telah mati dengan satu tikaman sahaja yang tidak mampu untuk menangkis dengan perisai kesabaran ilmu yang engkau miliki.

Jika teliti kembali kesenangan yang diturunkan padamu ia amat banyak dan melimpah luah berbanding kesusahan yang hanya diturunkan sekali sekala yang sepatutnya ianya berupa sekejap shaja waktunya tetapi kerana dirimu membiarkan berada dalam keadaan sedemikian dan berfikir tentang kesusahan itu maka ia dirasai amat panjang waktu itu.

Lihatlah kepada dirimu wahai saudaraku ukurlah semula nikmat kesenangan, kegembiraan yang telah Allah anugerahkan kepadamu selama ini yang dianggap hanya sedikit sahaja sedangkan nikmat itu masih ada pada dirimu bahkan engkau menginginkan kesenangan yang lain.

Kesihatan tubuh badan, ketenteraman tanah air, kemudahan makanan dan pakaian, udara serta air yang bersih, dan disisimu ada dunia yang terbentang luas dan engkau tidak merasainya dan engkau memiliki kehidupan malah engkau tidak tahu, kedua matamu , lidah serta mulutmu, kedua tangan dan kakimu. adakah itu semua bukan satu kesenangan kegembiraan yang engkau miliki?! fikirkanlah wahai saudaraku...

Rahmat dan kasih sayang Allah itu sangat luas, jangan biarkan dirimu dalam kesedihan selama-lamanya. carilah ia, jangan biarkan ia hilang di arus keadaan.

Cubalah amati dan memahami ayat dari surah asyarh 98:5-8
5. kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.
6. sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.
7. maka apabila kamu telah selesai (dari suatu urusan) kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain
8. dan hanya kepada tuhanmulah hendaknya kamu berharap.


penyair ada berkata:
wahai saudaraku janganlah engkau bersedih , bersyukurlah dalam kesabaran kepada Allah.
wahai saudaraku janganlah engkau berputus asa, kelembutan yang tersembunyi itu adalah milik Allah.
berapa banyak peristiwa yang telah berlaku dari kita ini yang telah Allah muliakan,
dan berapa banyak kesabaran kita daripada musibah itu,
ku berwasiat kepadamu gunakanlah sabar kerana ia cantik, itu adalah sebaik-baik wasiat.


waallhu taala 'alam

Friday 10 April 2009

who am i?


Assalamualaikum
Dah lama teringin nak mula blog ni tapi tak kesempatan masa. Semoga Allah memberi waktu padaku untuk cuba memberi tahu kepada yang ingin tahu sekadar apa yang aku tahu.
Em masih lagi study lagi sini.insyAllah target habis 2011,semoga kepulangan ini dapat membantu sahabat-sahabat kami di sana.

قد وصلت الأن سبعة سنوات في مصر ,من البداية الدراسة السفلى إلى ما أقدر عليّ .بعون الله وتوفيقه
بمرور هذه المرحلة ,حدث لي حدثا كثيرا و هيهات هيهات أن انسى له
ساخبركم رويدا رويدا علي حسب الأوقات والأحوال
الله استعان