Saturday 21 November 2009

Blog lama diberhentikan untuk penulisan.

Assalamualaikum

Kepada semua pengunjung. Sila layari blog lama akhi untuk penulisan yang sebelum ini. Semoga mendapat istifadah dari perkongsian ini.

Sila klik di sini akhi-naim untuk lihat penulisan yang lama.

waalahu taala 'alam

Thursday 19 November 2009

Jangan putus asa wahai saudaraku


Dengan nama-Mu Ya Allah yang mengajar dengan 'qalam'

Apa yang ada di langit dan di bumi, sekelian makhluk berhajat yang terbaik untuk dirinya, semua itu telah di tetapkan atau telah di rancang oleh ilahi.

Jika satu ketetapan telah turun kepadamu berupa masalah yang amat berat dirasai , ketahuilah itu hanya 1 dugaan yang cuba untuk mewarnai hidupmu bahkan kegembiraan sangat banyak di turunkan tapi hanya di pandang sekelip mata sahaja.

Dirimu hanya bergelumang dengan kesedihan disebabkan masalah yang turun dari ketetapan tuhan umpama dirimu telah mati dengan satu tikaman sahaja yang tidak mampu untuk menangkis dengan perisai kesabaran ilmu yang engkau miliki.

Jika teliti kembali kesenangan yang diturunkan padamu ia amat banyak dan melimpah luah berbanding kesusahan yang hanya diturunkan sekali sekala yang sepatutnya ianya berupa sekejap shaja waktunya tetapi kerana dirimu membiarkan berada dalam keadaan sedemikian dan berfikir tentang kesusahan itu maka ia dirasai amat panjang waktu itu.

Lihatlah kepada dirimu wahai saudaraku ukurlah semula nikmat kesenangan, kegembiraan yang telah Allah anugerahkan kepadamu selama ini yang dianggap hanya sedikit sahaja sedangkan nikmat itu masih ada pada dirimu bahkan engkau menginginkan kesenangan yang lain.

Kesihatan tubuh badan, ketenteraman tanah air, kemudahan makanan dan pakaian, udara serta air yang bersih, dan disisimu ada dunia yang terbentang luas dan engkau tidak merasainya dan engkau memiliki kehidupan malah engkau tidak tahu, kedua matamu , lidah serta mulutmu, kedua tangan dan kakimu. adakah itu semua bukan satu kesenangan kegembiraan yang engkau miliki?! fikirkanlah wahai saudaraku...

Rahmat dan kasih sayang Allah itu sangat luas, jangan biarkan dirimu dalam kesedihan selama-lamanya. carilah ia, jangan biarkan ia hilang di arus keadaan.

Cubalah amati dan memahami ayat dari surah asyarh 98:5-8
5. kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.
6. sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.
7. maka apabila kamu telah selesai (dari suatu urusan) kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain
8. dan hanya kepada tuhanmulah hendaknya kamu berharap.


penyair ada berkata:
wahai saudaraku janganlah engkau bersedih , bersyukurlah dalam kesabaran kepada Allah.
wahai saudaraku janganlah engkau berputus asa, kelembutan yang tersembunyi itu adalah milik Allah.
berapa banyak peristiwa yang telah berlaku dari kita ini yang telah Allah muliakan,
dan berapa banyak kesabaran kita daripada musibah itu,
ku berwasiat kepadamu gunakanlah sabar kerana ia cantik, itu adalah sebaik-baik wasiat.


waallhu taala 'alam