Wednesday, 19 May 2010

من صفات عباد الرحمن

Keperibadian Hamba Ar-rahman

Di antara sifat keperibadian seorang hamba Allah yang sepatutnya kita miliki, sepertimana yang telah disebut dalam surah Al-furqan bermula ayat 63 sehingga ayat 76 .

Allah menyebutnya supaya ianya menjadi contoh untuk diteladani oleh sekelian hamba-Nya.


أعوذبالله من الشيطان الرجيم


1. Dan hamba-hamba Tuhan yang maha penyayang itu (ialah) orang yang berjalan diatas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata yang baik. 25:63


2. Dan (hamba Allah itu) orang yang melalui malam hari dengan bersujud dan berdiri untuk tuhan mereka (bertahajjud di malam hari). 25:64


3. Dan (hamba Allah itu) orang yang berkata: “Ya tuhan kami, jauhkan azab neraka jahannam dari kami sesungguhnya azab itu adalah kebinasaan yang kekal”. 25:65


4. Sesungguhnya nereka jahannam itu seburuk-buruk tempat menetap dan tempat kediaman. 25:66


5. Dan (hamba Allah itu) orang yang apabila membelanjakan (harta), mereka tidak berlebih-lebihan, dan tidak (pula) kedekut, dan adalah (pembelanjaan itu) di tengah-tengah antara yang demikian. 25: 67


6. Dan (hamba Allah itu) orang yang tidak menyembah tuhan lain berserta Allah dan mereka tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) kecuali dengan (alasan) yang benar, dan tidak berzina, barang siapa yang melakukan demikian itu, niscaya dia mendapat (pembalasan) dosa(nya). 25: 68


7. (yakni) akan dil ipat gandakan azab untuknya pada hari kiamat dan dia akan kekal dalam azab itu, dalam keadaan yang terhina. 25: 69


8. Kecuali orang-orang yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amal soleh; maka kejahatan mereka diganti Allah dengan kebajikan. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. 25:70


9. Dan orang yang bertaubat dan mengerjakan amal soleh, maka sesungguhnya dia bertaubat kepada Allah dengan taubat yang sebenar-benarnya. 25: 71


10. Dan (hamba Allah itu) mereka yang tidak memberikan persaksian palsu dan apabila mereka bertemu dengan (orang-orang) yang mengerjakan perbuatan-perbuatan yang tidak berfaedah, mereka melalui (sahaja) dengan menjaga kehormatan dirinya. 25:72


11. Dan (hamba Allah itu) mereka yang apabila diberi peringatan dengan ayat-ayat tuhan mereka, mereka tidak menghadapinya sebagai orang-orang yang tuli dan buta. 25:73


12. Dan (sifat hamba Allah itu) mereka yang berkata: “Ya tuhan kami , anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami) dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa. 25:74


13. Mereka itulah orang yang dibalasi dengan martabat yang tinggi (dalam syurga) kerana kesabaran mereka dan mereka disambut dengan penghormatan dan ucapan selamat didalamnya. 25:75


14. Mereka kekal didalamnya. Syurga itu sebaik-baik tempat menetap dan tempat kediaman. 25:76

صدق الله العظيم


Inilah Hamba Allah , Hamba Ar-rahman iaitu hamba yang telah diredhoi-Nya. Allah menyifatkan hamba Ar-rahman di sini kerana diantara makhluk-Nya ada yang menjadi hamba duit, hamba harta, hamba syahwat sehinggakan menjadi hamba syaitan. Lihat diri ini, kita tergolong dari hamba yang mana?

Yang dikatakan “hamba” disini ialah yang mengikuti kehendaknya, yang mendengar perintahnya.

Tidak inginkah kita memiliki sifat-sifat hamba Allah ini? Jelas ganjarannya di sisi Allah adalah syurga yang kekal abadi.



Wednesday, 21 April 2010

Bila ajal mendatangi penzina - kisah benar



Kisah benar.
Paparan ini dari 1 bahagian pelacuran disalah sebuah negara di barat. ia menunjukkan saat kematian seorang penzina wanita.

Allah menunjukkan azab-Nya didunia lagi sblum sampai azab-Nya diakhirat sana sbgai pengajaran bagi kita yg masih hidup.

Jelas dipaparan video pendek ini menunjukan bagaimana teriakan kesakitan ajal ketika roh penzina ini keluar dan diwajahnya kelihatan separuh kehitaman..

Firman Allah taala:
"kalau kamu melihat ketika para malaikat mencabut nyawa jiwa orang-orang kafir seraya memukul muka dan belakang mereka (dan berkata): "rasakanlah oleh mu siksa neraka yang membakar""demikian itu disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri. sesungguhnya Allah sekali-kali tidak menganiaya hamba-Nya." - surah al-anfal 50.51

Ya Allah kami belindung kepada-Mu dari sekelian perbuatan dosa dan kurniakanlah kami perbuatan baik yang membolehkan kami kepada redha-Mu dan syurga-Mu.
Ameen.

wa Allahu 'alam

http://www.facebook.com/video/video.php?v=398369168152

Sunday, 21 March 2010

Penting ke bahasa amiyah mesir ni?


Penting ke bahasa amiyah(bahasa pasar) mesir ni untuk kita pelajari? Atau untuk kita mendalami?

Mari kita lihat satu kisah ni.

Di luar kelas sebelum bermulanya subjek yang pertama , terlihat seorang pelajar ajnabi(bukan arab) sedang berbual sesuatu dengan guru matapelajaran. Kemudian mereka masuk mengambil tempat masing2. Guru memulakan syarahannya dengan lancar sekali. Sehinggalah tiba dipertengahan syarahannya guru terbehenti seketika kerana ada seorang pelajar meminta izin untuk keluar dari kelasnya. Kelihatan pelajar itu adalah pelajar yang berbual dengannya sebelum kelas bermula tadi. Lalu guru itu mengizinkannya. Ketika pelajar itu sampai dipintu kelas untuk keluar. Guru menyapanya. Maka bermula perbualan yang agak sedikit lucu bagi pelajar arab yang ada disitu.

Guru : enta ultani abla keda aiz tuhkrug? (engkau ke yang cakap kat aku tadi nak minta keluar)

Pelajar: meshi-meshi (tahu tahu)

Guru : darsu nahwu bita-ak , hatibda’ sa’ah kam? (kelas nahu ko tu , mula pukul berapa?)

Pelajar: wasal fi maudu’ tamyiz. (dah sampai kat tajuk tamyiz)

Kemudian pelajar tu terus keluar dan meninggalkan kelas yang keadaan kelas itu dalam sedikit ketawa.

Em pasti geli hatikan .. lain yang ditanya lain yang dijawab.

Begitulah juga keadaan kita kalau masih memandang remeh dengan bahasa amiyah ni

Inilah bahasa amiyah. Bahasa harian yang digunakan oleh orang mesir dalam perbualan mereka. Bagi pandangan saya . harus bagi kita mempelajari serta mengetahui selok belok bahasanya kerna manusia diciptakan saling memerlukan satu sama lain. Untuk saling berinteraksi kita harus menggunakan bahasa yang digunakan disekeliling kita bagi memudahkan pergaulan. Dengan perbualan serta pergaulan ini ia akan menghasilkan kefahaman serta kepercayaan diantara satu sama lain malah hubungan itu terus saling sayang menyayangi. Lantas membuahkan satu persahabatan yang amat akrab diantara satu sama lain.

Di sini telah jelas keistimewaan bahasa yang dibawa oleh setiap kaum atau Negara itu.

Memang benar akan sebuah kata2 ini. “ Barang siapa mempelajari bahasa sesuatu kaum maka amanlah dia dari kejahatan kaum itu”

Janganlah kita menganggap bahawa bahasa amiyah ini hanya digunakan di sini sahaja dan tidak perlukan ditempat2 lain. Dan janganlah juga menganggap bahawa bahasa amiyah ini merosakkan bahasa fushah(bahasa arab).

Bagi saya anggapan ini semua tidak benar, kerana kalau kita katakan bahasa ini hanya tertumpu kepada tempat disini sahaja iaitu dimesir, sedangkan rakyatnya bertaburan dikebanyakan Negara yang membangun. Sehinggakan dinegara kita juga ada rakyatnya datang berkunjung. Adakah mereka tidak berbangga dengan kita jikalau kita dapat berbual dengan mereka dengan menggunakan bahasa yang mereka cintai?!

Bagi yang mengatakan bahasa pasar ini merosakkan bahasa arab fushah, anggapan itu sebenarnya kurang jelas. Kerana apa saya katakan begitu? Kerana kalau ditanya pada pengkaji bahasa arab, mereka akan mengatakan bahawa Bahasa arab fushah yang sampai kepada kita hari ini hanya sedikit sahaja. Kerna kebanyakan bahasa arab ini hidup bersama kaumnya. Jika kaum itu lenyap, maka lenyaplah juga bahasa arabnya. Dan bahasa amiyah yang dimiliki oleh arab mesir ini diantara bahasa arab lama yang telah bercampur dengan bahasa2 lain serta lahjatnya. Sebagai contoh :

إمبارح (hari semalam) – ni dalam bahasa amiyah.

البارح ni dalam bahasa arab fushah. Kerana telah bercampur dengan lahjat ia berubah dari lam ل kepada mim م .

Bahasa amiyah juga tidak lari dari kaedah serta dhomir yang digunakan dalam bahasa arab fushah. Kerana jika salah kaedah atau dhomirnya maka salah juga kefahamannya.

Cubalah belajar sedikit demii sedikit dengan cara bertanya , mendengar serta melihat. Untuk kita lebih terjaga dan terjamin keselematan bersama mereka di bumi mesir ini.

Inilah bahasa amiyah mesir yang ada disekeliling kita sekarang. Ia takkan berubah bahasanya. Ia akan kekal slagi mana hidupnya rakyat mesir di atas bumi mesir ini.

Wallahu ‘alam ^_^


Sunday, 7 March 2010

coretan hati - Indahnya perjalanan hidup hanya dengan-Nya



Tidakku tahu apa yang terjadi dengan diriku

Kegelapan memenuhi diriku

Dunia serta cakrawala membebankanku

Hatiku tidak tahu dimanakah cahaya itu

Lalu air mata menjadi tangisanku oh tuhan ku

Ya Allah

Kesalahan yang ku lakukan, dosa- dosa menyeliputi

Aku dalam kesedihan seorang tawanan

Diikat dengan dosa-dosa kesalahanku

oh tuhan

berhakkah bagiku dinamakan seorang mujrim , wahai tuhan yang maha pengampun?

Aku mengaku dengan dosa-dosaku ya Allah

Ya ilahi

Engkau yang maha esa

Yang menciptakanku

Yang mengasihiku

Yang mengurniakanku pemberian

Oh tuhan

Engkau sentiasa bersamaku

Tapi akulah satu-satu manusia yang berpaling dari-Mu

Aku lupa mengingati-Mu

Aku berjalan mengikut kehendak diriku

Oh tuhan

Ya ilahi

Ya Allah

Hari ini..

Aku kembali pada-Mu dari batas-batas kegelapanku

Dengan hati yang berkecai serta penuh kebingungan

Aku tenggelam… lalu tidakku lihat penyelamat melainkan-Mu Ya Allah

Tiada pelindungan tiada penyelamat melainkan hanya pada-Mu Ya Allah

Hanya pada-Mu tempat pelindunganku

Hanya pada-Mu keselamatan diriku..

Ya ilahi

Ya Allah

Saturday, 27 February 2010

Kesusahan itu kasih dari-Nya



Ketika seorang yang soleh bertemu dengan penguasa yang bertaburan emas, perak, kenderaan, binatang ternak dan tanaman, orang soleh itu berkata: "dengarkanlah sepatah kata dari ku"

Penguasa itu berkata: " apa dia?"

Orang soleh itu lantas mendendangkan bait-bait syair yang berbunyi.

Demi Allah seandainya ada seorang yang hidup,

selama seribu tahun dengan pelbagai kesenangan,

bersenang-senang dengan pelbagai kenikmatan,

bersenang-senang di dalam istana yang mewah,

tak satupun kesusahan yang menodai sepanjang hidupnya,

tak ada kesulitan yang menyesakkan dadanya,

maka itu semua tidak akan bermanfaat,

pada malam pertamanya di dalam kubur.